salji bintang


consur

Daisypath Anniversary tickers

Banyaknya dugaan..

No comments:
Hidup kalau takde dugaan tak menarik..org cakap..betul ker..tapi kalau banyak sangat cabaran, dugaan dan halangan..boleh give up gak hidup. Sekarang nih akau betul-betul down n give up dengan life aku..except my  hubby and family..tu aja yang aku boleh percaya...
Kenapa manusia penuh sikap hasad dengki..and just nak lepaskan diri sendiri. Itulah kehidupan jadi org bawah...yang di atas sentiasa nak menang walaupun mereka salah. Asalkan menang ..perkara yang betul pun ditolak ketepi..pandangan orang lain dah tak diterima. Dan untuk lebih hebat lagi..memburukkan orang lain untuk nampak lebih berkuasa dan hebat.
Itulah yang jadi kat aku skang nih..sentiasa diburukkan sebab aku takde kepentingan bagi mereka. Yang berkepentingan diutamakan dan sentiasa dipuji. Sedih ...frust...give up dan macam-macam lagi aku rasa.
Lebih baik jadi macam lalang kot..ikut jer..walau disuruh ke lombong...hahaha..terjun...
Tapi yang di atas takkan selalunya tinggi..walaupun mereka rasa dah tinggi...sebab ada lagi yang Maha Kuasa yang lebih mengetahui.
Buat baik susah...kalau jahat lagila..penat dah aku...keje macam nak giler...tapi takde yang appreciate pun..semuanya salah. Aku nih dari dulu just terima arahan jer dari bos...all d decision made by bos..but somehow when mistakes happened..all d decision maker people disppeared..sume dah tak ngaku salah..yang salah org bawah jer..so tired....rasa macam nak rehat and cuti panjang jer...
Teringin gak nak futher study..leh apply cuti..lagipun aku bukannya ada apa-apa sangat pun..biarlah orang atasan ambil alih..aku pun bukan leh buat keputusan..semua dibantah...
Thank You for Reading This Entry ^_^

Pedulikan apa yang orang kata 2

No comments:
Saya pun sama macam orang lain...
Tidak suka orang manis di depan, bercakap buruk di belakang...
Tapi kita tak mampu nak tutup mulut orang lain..
Memang susah untuk tidak mengambil hati...
Lebih-lebih lagi apabila yang diperkatakan jauh daripada kebenaran...
Lebih bertambah susah apabila kita hendak puaskan hati semua orang...
Buat baik salah..Buat jahat lagila salah...
Kadang-kadang kita cuba untuk melupakan apa yang dilakukan seseorang..
Tapi tengok-tengok dia sudah lakukan perkara lain yang menyinggung perasaan kita...
Itula selagi kita bernafas di bumi ini..
Selagi itu kita takkan terlepas daripada orang yang sebegini...
Saya tidak kisah jika orang lain bersangka buruk pasal saya...
Kerana saya tahu...
apa yang penting Allah tahu hati dan niat kita...
Tidak perlu terlalu lama merasa sakit dengan sangkaan buruk orang lain...
Hakikatnya tidak ramai manusia yang suka bersangka baik..
Kita hanya akan sakit hati jika mengharapkan orang lain bersangka baik dengan kita..
Maka pekakkan telinga.. butakan mata..
Pedulikan apa yang orang kata....
Selagi perkara yang kita buat, perkara yang kita lakukan betul..
Selagi niat kita tidak menyimpang dariNya..
Biarkan mereka yang berfikiran 'toksin' itu..
"Kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. Insya Allah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai oleh Allah juga"- ustaz pahrol.

Thank You for Reading This Entry ^_^