salji bintang


consur

Daisypath Anniversary tickers

Hari terakhir sebagai praktikal student

Assalamualaikum


Tajuk yang terus dan telus dengan isi yang akan diutarakan. Korang akan tahu cerita apa yang aku akan ceritakan tetapi tidak tahu isi di dalamnya. Ya, hari ini 09 November 2012 genap LIMA bulan lebih aku berpraktikal di Panasonic (Sek21) Tapi sebenarnya ada baki 1minggu lagi praktikal memandangkan holiday jadi tamatlah riwayat hari ini. hihihi..

Aku berat hati nak tinggalkan orang2 kat sini sebab aku dah rasa chemistry sangat ngan dorang.Staff kat situ aku anggap macam kakak2 dan abang2 aku,yang tua2 tu aku anggap macam mak and ayah aku.Tapi terselit jugak lah perasaan Sedih + Ggembira sebab aku dah habis praktikal..

Pagi jumaat tu aku buat Laksa Penang dengan tujuan nak menjamu dorang la walaupun hasilnya tak memuaskan.Tapi dorang kata sedap..hehe.Bukan kali PERTAMA aku bawak makanan kat office. -,-
Last day aku praktikal aku sampai agak awal.Yela last day kan :)
Hati aku memang tak tenteram jer sepanjang hari.Makan pon takde selera.Dorang ajak jalan2 pon takde mood.Time tu jugak la aku agak busy menguruskan hal elaun aku,report dan sebagainya la.

Seharian tu jugak aku asyik dok snap pic sana sini.Last day la kata kan :)
Sorang member tiba-tiba tanya aku ' Kyra,ade blog eh? ' Aku dalam hati terkejut beruk ahh macam mana la dorang boleh jumpa blog aku ni.MALU!!Sebab ingat kan dorang tak minat baca blog2 ni.Aku tanya dorang macam mana jumpa.Adalah!Aku malu kalo dorang baca entry pasal aku ade la citer pasal dorang sikit2..haha kantoi disitu kan :) Ntah2 korang tengah baca entry ni kan!!hahaha ^__^

Before pukul 5 aku jumpa semua staff kat situ salam dan bagi kata-kata terakhir.Time tu hati aku hanya Allah yang tau.Nampak je luaran aku gelak2 sedangkan air mata ni dok tahan tak nak bagi keluar.Malu la oii kalo nangis..hehe.Semua orang aku jumpa tak tinggal sorang pon.Last but not least member aku bagi kata-kata terakhir kat aku pulak.Macam2 nasihat aku dapat.Thanks guys.
Doakan aku berjaya dimasa hadapan k :)

Thanks also to kak ina bagi aku Jam yang comey, k.narimah untuk Bunga yg cantik Wangi..
Co Current Engineering untuk Blueberry Cheese Cake & Sijil..Thanks to all!Lepas ni tak boleh nak makan breakfast ngan cik lan yang nasi lemak her feveret...
Tak boleh lagi nak lepak2 dengan k.narimah,nisa,k.ina,along...

#Alhamdulillah
#insyaAllah
#Ukhwahfillah Till Jannah...
#TerimaKasihAllah




Thank You for Reading This Entry ^_^

No comments: