Aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu
Novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila terbitan Alaf 21.
Novel setebal 469 muka surat ni telah diadaptasi dalam slot Akasia TV3 tajuknye " Setia Hujung Nyawa "![]() |
| Ini lah novel nya.... |
Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta . Tat kala perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri. Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh . Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga dikedua belah pihak . Kemarahan dan amukan Zain dah menjadi rencah kehiduapan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.
Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah. Zain Koma ... Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan diatas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga kehujung nyawa walau apa terjadi sekalipun . Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang berbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending."
Petikan - petikan yanga menarik dari dalam novel ini :-
Si ibu merahsiakan berita baru yang baru diterima.
"Tolonglah,
doktor. Perkara ini rahsia kita berdua." Haliza memegang lengan Dr.
Suria. Sesekali matanya beralih pada Ersalina yang terbaring.
"Kita
berdua?" Dr. Suria mengangkat sedikit cermin matanya yang melorot ke
hidung. Kemudian memandang wajah Ersalina yang outih bersih. Kejelitaan
anak perempuan Haliza itu memang mempersonakan mata.
"Lina pun tak perlu diberitahu perkara ni. Saya tank nak dia susag hati."
"Tapi
nanti, macam mana kalau..."Dr. Suria mempamerkan riak keliru dan tidak
faham. Mana mungkin dia boleh merahsiakan perkara ini daripada tuan
punya badan sendiri. Memang tidak masuk akal!
"Saya
akan fikirkan yang terbaik buat anak saya." Mata Dr. Suria membulat
memandang wajah Haliza. Hatinya jadi berbolak balik, mula menelah
sesuatu yang diluar jangkauan.
"Doktor
jangan risau, saya tak akan buat yang bukan-bukan." Haliza seakan
memahami fikiran Dr. Suria saat ini. Bercabang-cabang dahan
fikiranyanya, namun tidak terlintas mahu selesaikan masalah dengan cara
yang membawa kemungkaran. MOhon dijauhkan daripad demikian. Perlahan
didir Dr. suria melorek senyuman. dia kenal hari budi Haliza. Wanita itu
tidak akan melakukan sesuatu yang diluar jangkauan. Hatinya menyakini
keluhan hati Haliza.
"Janji
ya, doktor? Hanya kita berdua yang tahu?" Haliza merayu lagi. Air mata
dipipi mengalir lesu. Hatinya saat ini, hanya Allah yang tahu betapa
berselirat dengan seribu liku.
Zain Bengang Bila Sofea tiba-tiba berubah hati.
"Sofea,
you tak boleh baut macam ni. Kita dah rancangkan semuanya. You pun tahu
sejauh mana hubungan kita. Betapa I sayangkan you epenuh hati I." Zain
Hakimi separuh menjerit di telefon bimbitnya. Apabila mendengar talian
sudah duputuskan Sofea, dia mendegus marah sambil mendail berkali-kali.
Namun, talian sudah dimatikan. Sudahnya, dia melemparkan telefon kecil
itu ke dinding sehingga berkecai dan bersepai mengeluarkan 'isi
perut'nya. Dia menghampas badannya ke atas katil. Kedua-dua tangannya
mencengkam erat rambutnya. Sakit hati tidak tergambar dengan kata-kata.
Mengapa Sofea tiba-tiaba saja ke luar negara dan mengambil keputusan
untuk terus menetap disana? Bagaimana dengan angan- angan mereka? ke
mana hendak dihalakan impian yang sedang mereka rancangkan?
"Zain.."
Lembut suara Datin Adibah memanggil. Sewaktu menoleh, Datin Adibah
sudah berdiri dihadapannya. Tidak sedar bunyi pintu yang dikuak mummynya
itu.
"Eh,
kenapa ni? Muka itu keruh macam ada masalah besar." Bulat mata Datin
Adubah meneliti wajah anak bujangnya yang kusut. Masak sangat dengan air
muka putera tunggalnya itu. Apabila marah, gembira mahupun sedih, hanya
sekilas pandang dia mampu menyelami perasaan Zain.
Zain
melepaskan keluhan yang berat. Bagaimana untuk menerangkan kepada
mummy?? udalah untuk dapatkan restu mummy agar merestui hubungannya
dengan Sofea bukan mudah. Memaksa dia berlutut merayu kepada mummy agar
menerima Sofea sebangai calon isterinya. Beberapa hari Datin Adilah
melancarkan perang dingin dan mogok trhadapnya, tanda protes pada
hubungannya dengan Sofea. Pelbagai cara dilakukan demi membeli hati dan
memohon restu. Dia yang tidak pernah ke dapur, terpaksa melecehkan
tangan untuk cuba menyediakan sandwic tuna kesukaan mummy melalui buku
masakan. Hingga akhirnya hati Datin Adubah terpujuk menerima Sofea.
Tetapi kini, musibah ini pula yang menimpa. Sofea jauh di luar negara.
Dia tidak akan mampu memujuk Sofea untuk pulang dalam tempoh seminggu
ini.
"Apa
ni?" Tinggi syara Datin Adibah seraya menapak di dinding. telefon Zain
yang bersepai dikutipnya. Segera dia memahami bahawa Azi dilanda masalah
besarjika begitu tingkah anaknya. Pasti tahap masalah anak itu menemui
jalan buntu.
"Zain
, apa yang dah berlaku?" soal Datin Adibah dengan perasaan yang kurang
enak. Punggungnya dilabuhkan ke sisi Zain dibirai katil.
"Mummy, Sofea dah pergi ke luar negara."
Memohon Keizinan , memeranjatkan Si ayah
"Apa
yang mama nak beritahu abang?" Haliza memejam mata. Nafasnya terhembus
deras. pelik Badri melihatkan tingkah isterinya. Ada apa sebenarnya?
"Abang,
Datin Adibah melamar Ersalina untuk anak bujang dia." Bagaikan terlepas
bebanan hutang saat ungkapan itu terbit dari bibirnya.
""Melamar
Ersalina?" Membutang biji mata Badri. Haliza mengangguk. Dadanya
berdebar kencang. Setujulah, bang... pintanya didalam hati. Tetapi
mustahil untuk Badri merestuinya.
"Gila!" Badri mendengus. "Adik tu baru 18 tahun. SPM pun belum keluar keputusan lagi."
"Datin Adibah tu baik. Keturunan yang dipandng orang. Peluang baik macam ni bukan mudah, abang."
"Jadi,
mama setujulah? kata mama, bau lagi kenal rapat dengan Datin Adilah
tu," sindir Badri. "Nak pulak pulak mama berbesan dengan Datin?"
"Bukan
gitu, abang. Mama tak pandang semua tu, Kita dah cukup senang tanpa
menumpang harta orang, abang." Badri melempar pandangan. Dia kenal
Haliza. Isterinya bukanlah seorang yang memandang kebendaan. Bukan gelap
mata dengan kebendaan orang. Mereka sudah cukup selesa dan senang
biarpun tidak berpangkat.
"Adik
tau? tanya Badri. Rasa marah yang bertamu dipendamkan ke sudut hati.
Ini bukan tempat yang sesuai untuk meluahkan kemarahan. Haliza
menggeleng.
"Tolong jangan beritahu Zakwan pasal ni. Esok-esok dia nak terbang, terjejas fikiran dia teringatkan adik."
Pernikahan
dua hati yang tak pernah mengenali , Si ibu pengantin perempuan
bersyukur kerana bebannya sudah terlepas dan Si ibu pengantin lelaki
bersyukur kerena pengantin perempaun datang sebagai penyelamat.
"Aku
terima nikahnya Ersalina Imani binti Badri dengan mas kahwin yang
tersebut itu." Lafaz itu bergema lancar dan jelas melalui mikrofon yang
dihalakan ke mulut pengantin lelaki. Masjid yang indah itu hening
seketika saat doa dibaca. Ersalina sebak saat namanya disebut oleh
lelaki yang baru saja sah bergelar suaminya. Dia hanya memerhatikan
susuk tubuh suaminya yang duduk menghadap tuan kadi dan
membelakangkannya. Dia masih belum melihat wajah suaminya. Sewaktu
dibawa dari ruang persalinan dalam masjid ini, lelaki itu sudah bersedia
untuk dinikahkan. Sedikit terketar dia sewaktu menurunkan tandatangan
atas borang persetujuan nikah. Bukan lagi mimpi, dirinya sah bergelar
isteri kepada lelaki bernama Zain Hakimi. Dia sudah menjadi milk leleki
yang tak pernah dilihat dan dikenali.
"Assalamualaikum
Ersalina... anak mummy nak serungkan cincin." Datin Adibah berkata saat
menghampiri Ersalina. Halia disisi Ersalina, Mencapai tangan Ersalina
dan dihulurkan kepada Zain yang berdiri disisi Datin Adibah. Ersalina
dan Zain bertukar pandangan. Wajah kedua-dua terpamer riak terkejut. Ada
gelora dalam hati masing-masing . Eh dia ni?
"Zain,
sarungkan cincin," bisik Datin adibah. Wajah Zain yang berubah saat
memandang Ersalina saat Ersalina membuatkan dia tertanya sendiri.
Zain Cuba menerima Ersalina sebagai Isterinya.
"
Bila agaknya abang boleh tidur dalam bilik ni? atau Lina yang tidur
dalam bilik abang? " Zain berdiri dihadapan pintu bilik Ersalina.
"
Bila ya ?" ulang Zain lagi . Dia menghampiri isterinya. Matanya
merenung romantis wajah Ersalina yang duduk di sisi katil. " Abang yang
tentukan waktunya" katanya perlahan. Petanda dia bersedia untuk
menyerah. Wajah Sain kegirangan." Tapi bukan Malam ini" ujar Ersalina dalam bisikan. Sengaja mengenakan suaminya.
Bila rahsia terbongkar
" Anak mama dah tipu saya. Anak mama dah permainkan saya!" Meninggi suara Zain . Tak teperi marahnya. " Bukan salah lina , zain " Sekilas mata zain bertaut dengan mata Haliza. " Apa maksud mama?" Bernada curiga soal Zain.
" Anak mama dah tipu saya. Anak mama dah permainkan saya!" Meninggi suara Zain . Tak teperi marahnya. " Bukan salah lina , zain " Sekilas mata zain bertaut dengan mata Haliza. " Apa maksud mama?" Bernada curiga soal Zain.
Mungkin itu takdirnya, Zain cuba menerima.
" Itu jodoh kau sebab tu kau kahwin dengan dia walaupun tak saling mengenali. Terimalah" Suara Hady melatun lagi dimindanya.
"
Kau dah mula cintakan dia. Akuilah. Aku tahu kau tak sanggup lepaskan
Ersalina sebab itu cinta kau" Kata- kata hady menang tepat.
Pertemuannya dengan Ekin mengimbas kenangan lalu.
" Saya terkenang kisah kita. Saya berdosa pada awak".
" Kita sama-sama berdosa Mohonlah keampunan pada ALLAH" Bicara Ekin juga kedengaran pahit " Saya tak patut buat awak begitu. Musnahkan masa depan awak dan tak bertanggungjawab" "Maafkan saya Ekin. ampunkan saya " bicara Zain sebak . Rasa berdosa begitu menghempapnya.
![]() |
| Inilah Ersalina dan Zain Hakimi dalam drama Setia hujung nyawa |








No comments:
Post a Comment