Percintaan
bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati.
Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali
melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan
tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan
percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu
seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan
dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.
1. Bercinta kerana simpati dan kasihan
Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.
Tidak
dinafikan cinta bukannya penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan
tetapi harus ada batasannya. Mata kamu biasanya cepat saja melirik
kepada jejaka/gadis lain. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata,
namun ia juga boleh membawa kepada kecurangan. Mula-mula jeling-jeling,
kemudian berkawan dan tidak mustahil kamu akan jatuh hati padanya pula
di kemudian hari. Hargailah setiap yang ada di depan mata. Tidak perlu
menjeling pada yang lain selagi yang ada di depan mata kamu sudah cukup
sempurna di mata kamu.
3. Bersikap hipokrit
Kamu
tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar dia berbicara
tentang perkara yang kamu tidak suka. Jangan paksa diri kamu untuk
berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya
langsung tidak singgah di otak kamu. Hipokrit namanya tu! Biarkan si
dia tahu apa yang kamu tidak suka supaya si dia tidak mengulangi perkara
yang sama. Namun tegurlah secara baik janganlah sehingga membuatkan
dia tersinggung dengan kritikan kamu.
4. Sanggup menyerah kalah
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton dengannya semata-mata mahu menjaga hatinya. Jangan takut, tidak salah bersaing dan tidak perlulah berpura-pura. Hubungan kamu dan si dia akan menjadi lebih ceria andainya ada persaingan yang sihat. Hari ini dia kalahkan kamu dan hari esok kamu pula cuba untuk mengalahkannya. Namun persaingan mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu. Janganlah sehingga menjejaskan hubungan kamu dan si dia hanya kerana terlalu serius bersaing.
5. Terima semua kesalahan
Jangan
diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu
sukai. Bukanlah menjadi satu kesilapan andainya kamu menegur
perbuatannya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup
berubah demi kebaikan. Biarpun mungkin si dia sedikit tersinggung dengan
teguran kamu, namun berterus-terang itu perlu untuk kebaikan kamu
berdua.
6. Harus sentiasa bersama
Orang
bercinta kebiasaannya mahu berdua setiap masa. Ke mana sahaja pergi
tidak mahu ada orang lain menganggu. Namun ini tidak bererti teman-teman
kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Apa
salahnya kamu masukkan sekali si dia dalam kelompok teman-teman kamu
agar si dia boleh membiasakan dirinya. Ada masanya memang kamu perlukan
masa untuk berdua, tetapi janganlah asyik berdua sahaja kerana ia boleh
menimbulkan rasa bosan juga.
7. Rapat dengan sahabat karib si dia
Kamu
sememangnya perlu bergaul dengan orang-orang yang rapat dengan si dia
supaya apabila kamu bersama si dia dan teman-temannya, kamu tidak
mempunyai masalah untuk bergaul. Namun hati-hati supaya tidak terlalu
akrab terutama dengan sahabat karib si dia. Ini boleh menimbulkan
pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk lagi kalau temannya jatuh cinta
padamu. Oleh itu jalan yang paling baik berkawan setakat kenalan biasa.
Jangan terlalu baik sehinggakan ambil berat makan minum dan
kesihatannya. Daripada kamu terlalu baik sehingga ke tahap itu lebih
baik kamu mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua
ibu-bapanya.
8. Berpura-pura tidak cemburu
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka/gadis lain. Cemburu itu perlu ditunjukkan andainya ianya keterlaluan supaya si dia sentiasa menghormati kamu dalam apa jua keadaan. Apabila melihat si dia terlalu asyik berbual dengan jejaka/gadis lain kamu perlu tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu. Tidak perlu sorokkan perasaan kamu hanya semata-mata mahu menunjukkan sikap terbuka kamu sedangkan kamu sakit hati melihat kemesraannya bersama orang lain.
9. Terlalu menerima sikap si dia
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Namun itu bukan alasan untuk kamu menerima semua keburukannya. Manusia boleh berubah andainya ada kemahuan. Jangan hanya kerana terlalu menyayangi dirinya, kamu pejam mata melihat si dia melakukan perkara yang menyakitkan hati kamu. Fikirkan insiatif dan berbincanglah dengannya agar sikap buruk itu dapat diubah demi kebaikannya.
10. Biarkan si dia sahaja membayar
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Perempuan ada kalanya terlalu berkira soal belanja dengan lelaki walaupun kekasihnya sendiri. Sikap ini tidak sepatutnya berlaku kerana dalam sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur antara satu sama lain. Barulah hubungan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar dan jangan pula ada yang mengambil kesempatan.







No comments:
Post a Comment