Bersifat
pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas
ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat.
Safar
Tabiatnya
buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu
mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak,
kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu,
sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya
baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang
berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah
marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya
jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk
nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya
menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia
mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad,
kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu,
keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya
berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya.
Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah
mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan
baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul
didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab
Semasa
kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik
agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa,
dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya
selamat dan sentosa.
Sya’aban
Perwatakannya
baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu
kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat
rezeki.
Ramadhan
Dia
baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang
dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu
selamat.
Syawal
Perwatakannya
keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal
ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak
kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya
pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia
banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir,
perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa
terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika
dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering
mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh
kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana
kurang hati-hati dan kurang pertimbangan







No comments:
Post a Comment