1. Borang permohonan nikah lelaki (Borang 2A)
2. Borang pengesahan permastautin (Borang 2B)
Apa dokumen yang tunang saya perlu serahkan kepada saya?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Borang 3A)
Apa pula dokumen yang saya kena isi?
1. Borang permohanan nikah perempuan (Borang 2C)
2. Borang Persetujuan Wali dan Wakalah Wali (Borang 2D)
Apa dokumen yang perlu saya serahkan kepada jurunikah / penolong pendaftar nikah?
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [lelaki] (Borang 3A)
- Surat Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor [perempuan] (Borang 3C)
Ringkasan Carta Alir nya begini.
Lelaki lengkapkan borang 2A dan 2B
|
Dapatkan 2 orang saksi lelaki dan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah dari Kariah Masjid berdekatan.
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk serahkan kedua-dua borang 2A
dan 2B berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan. Rujuk pada
senarai semak yang diberi.
|
Buat bayaran RM10 dan tunggu diberi Surat Kebenaran Berkahwin (Di Klang,
kami dapat on the spot. Cuma kena tunggu sekejap la sementara borang
diproses)
|
Serahkan borang kepada perempuan
|
Perempuan kena lengkapkan borang 2C dan 2D
|
Dapatkan persetujuan wali, 2 saksi dan pengesahan penolong pendaftar nikah untuk Kariah Masjid berdekatan
|
Pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk penyerahan borang. Bawa borang
2A, 2B, 2C dan 2D berserta dokumen dan salinan dokumen yang diperlukan.
Rujuk senarai semak yang diberi.
|
Buat bayaran RM10 dan tunggu sementara Surat Kebenaran Berkahwin dalam
Negeri Selangor selesai. (Di Kuala Kubu Bharu, surat kebenaran pun dapat
on the spot)
|
Serahkan semua dokumen kepada penolong pendaftar nikah iaitu jurunikah kita.
* Tunang, betulkan carta alir ni. Kalau salah, tolong inform as soonest!
Dalam laman web JAIS telah disertakan carta alir mereka sendiri. Boleh refer link di bawah.
-
Carta alir Prosedur Lelaki
-
Carta alir Prosedur Perempuan
-
Senarai Semak Borang Lelaki
-
Senarai Semak Borang Perempuan
Sebelum dapat isi borang, pemohon di Negeri Selangor perlu daftar dahulu di laman web ini.
[tekan sini]
Tekan pada daftar disini. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan.
Maklumat kita akan disimpan dalam sistem bila kita nak buat perubahan
tarikh atau apa-apa pun hanya perlu isi nombor IC dan kata laluan
seterusnya daftar masuk. Log in la tu. Kemudian, akan keluar borang apa
yang patut kita isi. Senang. Terus isi borang tu.
Untuk borang 2C selagi maklumat tak lengkap, kita tak boleh simpan data.
Borang 2C ni perlukan maklumat pemohon perempuan dan lelaki, maklumat
pernikahan (macam tarikh nikah kita, dekat mana, masa bila dan
sebagainya), maklumat wali serta maklumat saksi. Untuk saksi, cukup ada
nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon. (hanya untuk
persediaan kawan-kawan yang nak memohon la)
Tapi bagi borang 2D, kita boleh simpan data walaupun belum lengkap.
Macam saya, saya tak tahu nama penuh, nombor kad pengenalan penolong
pendaftar nikah saya (Senang cakap zero knowledge untuk apa-apa maklumat
tentang jurunikah saya, kenal pun tak. Ayah je yang kenal) jadi saya
biar kan kosong tanpa diisi. Saya terus simpan data dan cetak. Bila dah
jumpa penolong pendaftar nikah tu, baru isi pakai tulisan tangan je.
Jangan risau. Memang boleh pun sebab borang saya dah lulus. Hehe
Sebenarnya, saya hanya serahkan borang yang lengkap dan dokumen yang
diperlukan kepada ayah saya sahaja. Saya dah sain pun borang tu
awal-awal. Untuk tanda tangan saksi, urusan dengan penolong pendaftar
nikah serta urusan di Pejabat Agama Islam Daerah, semuanya ayah saya
uruskan. Tahu-tahu je pada 29 Jun 2012, jam 11 pagi, ayah saya sms yang
"Urusan surat kebenaran nikah dah selesai. Pej agama dah luluskan".
Terus cari tunang dan tunjuk sms ayah. Alhamdulillah dipermudahkan~
Harap maklumat saya tulis dalam entri dapatlah tolong kawan-kawan yang
tengah pening nak isi borang permohonan tu. Lagi-lagi, buat yang anak
sulung macam saya ni. Untuk tambahan, maklumat yang saya tulis ini masih
lagi praktik sehingga tarikh hari ini, 4 Julai 2012. Mana tahu, ada
yang baca blog ni 5 tahun akan datang tapi prosedur dah bertukar ke kan.
Ya Allah, permudahkan urusan pernikahan dan walimah kami.
No comments:
Post a Comment